Laman ini mengandungi pelbagai bahan untuk membantu anda mempelajari Bahasa Estonia. Belajarlah beberapa frasa asas, kembangkan kosa kata anda, atau carilah rakan bahasa untuk membuat latihan.

Mengenai Bahasa Estonia

Bahasa Estonia digunakan oleh 1.1 juta orang di dunia, dan 950,000 daripada mereka menetap di negara Estonia.

Bahasa Estonia berasal dari rumpun bahasa Finno-Ugric. Ianya berkait rapat dengan Bahasa Finland dan juga berkait dengan Bahasa Hungary. Ianya bukan bahasa Indo-European seperti Bahasa Perancis atau Bahasa Sepanyol, dan oleh itu penutur asli Bahasa Inggeris secara amnya akan kurang biasa dengan kebanyakan perkataan dalam Bahasa Estonia.

Bahasa Estonia dianggap sukar untuk dipelajari oleh penutur Bahasa Inggeris. Tetapi jangan risau! Sedikit latihan akan membantu anda menghadapi situasi-situasi harian.

Bandar lama Tallinn semasa musim sejuk
Bandar lama Tallinn semasa musim sejuk

Jadi, mengapakah anda harus belajar Bahasa Estonia?

Anda menggemari cabaran
Bahasa Finland mempunyai empat belas kasus dan kosa kata yang sukar dicam - ianya pasti mencabar mana-mana ahli linguistik. Jika anda pernah mempelajari bahasa-bahasa Eropah yang lain, anda mungkin menyukai pembelajaran bahasa di mana anda terpaksa bermula tanpa sebarang asas.

Bahasa yang indah
Bahasa Estonia merupakan salah satu daripada bahasa yang paling indah didengari, dengan perkataannya yang penuh dengan bunyi vokal dan intonasinya yang seakan lagu.

Ianya mendatangkan kepuasan
Orang Estonia amat menghargai apa-apa percubaan oleh orang asing untuk mempelajari Bahasa Estonia. Ini menjadikan latihan anda lebih menyeronokkan. Lawatan anda ke negara Estonia akan diperkayakan jika anda mempelajari sedikit Bahasa Estonia sebelum bertolak.

Bahasa-bahasa lain